Baju kurung menyusu BlingBuubies direka khas untuk ibu-ibu yang menyusukan anak, terutama kepada para ibu Muslimah yang gemar berbaju kurung, sama ada ke pejabat, ke majlis, mahupun untuk perayaan Aidil Fitri/Aidil Adha.
Baju kurung jenis pesak ini juga dikenali sebagai baju kurung johor yang mempunyai pesak lurus di kanan dan kiri baju. Ianya adalah baju kurung biasa yang sering dipakai oleh kebanyakan rakyat Malaysia.
Apa perbezaan antara baju kurung biasa dan baju kurung menyusu (jenis pesak)?
Perbezaan yang ketara adalah baju kurung menyusu BlingBuubies mempunyai bukaan menyusu bagi membolehkan ibu menyusukan bayi tanpa perlu menyingkap bawah baju. Penyusuan boleh dibuat melalui bukaan menyusu yang dibuat melalui leher baju kurung yang dilabuhkan seperti gambar di bawah. Labuh leher yang direka khas mengikut kesesuaian ibu akan memberikan keselesaan dan kemudahan menyusukan bayi. Badan dan dada ibu tidak akan terdedah oleh kerana baju menyusu BlingBuubies mempunyai lapik di dalam (inner) bagi menutup bahagian dada ibu semasa penyusuan.
Paten baju kurung pesak tradisional akan dikekalkan dalam design standard baju kurung menyusu (pesak) BlingBuubies. Oleh itu, design standard setiap baju kurung menyusu (pesak) adalah:
- Baju - baju kurung pesak (tanpa span bahu), kolar bulat berbutang satu, leher dilabuhkan mengikut bukaan menyusu yang dipilih.
- Kain - Kain susun di tepi samada kanan atau kiri mengikut keselesaan ibu, pinggang separa getah.
Ibu bebas ciri-ciri tambahan dan jenis bukaan menyusu yang digemari untuk setiap tempahan. Ada 5 jenis bukaan menyusu yang boleh disesuaikan mengikut citarasa puan.
Baju Kurung Menyusu (Pesak) standard dengan tambahan 'border' design pada leher dan pergelangan tangan |
Baju Kurung Menyusu (Pesak) standard dengan tambahan 'iron-on' crystal pada pergelangan tangan dan leher |