Kami menerima tempahan individu baju menyusu mengikut ukuran anda di sini. Tempahan boleh dibuat online melalui portal ini, walk-in ke galeri atau melalui kunjungan ke lokasi anda. Hubungi tailoring@blingboutique.biz / 016-3222760 untuk pertanyaan lanjut

Untuk pembelian rangkaian baju ready-made, boleh terus ke website www.blingboutique.biz

Baju Kurung Menyusu (Moden)

Baju kurung menyusu (moden) BlingBuubies adalah design sentiasa menjadi pilihan ibu-ibu yang inginkan penampilan bergaya untuk majlis-majlis keraian, hari raya atau untuk ke pejabat. 

Baju kurung moden mempunyai banyak variasi mengikut trend terkini. Design asasnya adalah mempunyai cutting dengan beberapa dat dijahit pada baju untuk memberikan lebih penekanan kepada cutting pemakai. Baju jenis ini mempunyai zip panjang di belakang bagi membolehkan pemakaian yang sempurna. Tiada standard design untuk kurung moden dan kebanyakannya mengikut kepada tambahan aksesori atau ciri-ciri istimewa yang dikehendaki pemakai.

Apa perbezaan antara baju kurung moden biasa dan baju kurung menyusu (moden)?
Perbezaannya hanyalah pada bukaan menyusu bagi membolehkan ibu menyusukan bayi dengan selesa. Selalunya baju kurung moden biasa mempunyai kolar bulat, tanpa potongan leher sepertimana baju kurung biasa. Sekiranya ibu memilih untuk membuat kolar sebegini, baju kurung moden menyusu BlingBuubies akan mempunyai cutting khas pada bahagian dada bagi membolehkan zip tersembunyi dijahit padanya. Atau pelbagai variasi leher boleh dibuat untuk kurung moden menyusu BlingBuubies bagi membolehkan penyusuan dari bukaan pada leher baju tersebut.

Untuk tempahan standard baju kurung menyusu (moden) BlingBuubies, design standard nya adalah:
  •   Baju - baju kurung moden (tanpa span bahu), kolar bulat tanpa butang, dat pada bahagian belakang baju sahaja, zip labuh di bahagian belakang. Lengan sedikit tirus ke hujung (tanpa butang di pergelangan tangan). Bukaan menyusu jenis zip sorok pada cutting (Type 5).
  •   Kain - Kain lipat/belah di hadapan, pinggang separa getah.
Ibu bebas ciri-ciri tambahan dan jenis bukaan menyusu yang digemari untuk setiap tempahan. Ada 5 jenis bukaan menyusu yang boleh disesuaikan mengikut citarasa. Untuk bukaan menyusu jenis lain, kolar perlu disesuaikan mengikut design yang dipilih.

Baju Kurung Menyusu (moden) BlingBuubies dengan leher U labuh dan butang di dada.

Baju Kurung Menyusu (Moden) BlingBuubies jenis 2-layer dan kain kembang duyung.

BlingBuubies Nursing Apparel

BlingBuubies Nursing Apparel
Koleksi baju menyusu sedia untuk dipakai