Kami menerima tempahan individu baju menyusu mengikut ukuran anda di sini. Tempahan boleh dibuat online melalui portal ini, walk-in ke galeri atau melalui kunjungan ke lokasi anda. Hubungi tailoring@blingboutique.biz / 016-3222760 untuk pertanyaan lanjut

Untuk pembelian rangkaian baju ready-made, boleh terus ke website www.blingboutique.biz

Baju Kurung Menyusu (Pahang)

Baju kurung menyusu (pahang) BlingBuubies adalah antara design paling laris sepanjang tahun 2013. Disebabkan itu, untuk 2014 ini kami membuka untuk tempahan individu agar lebih ramai ibu-ibu yang bertubuh plus-size atau petit-size dapat menggayakannya. 

Baju kurung jenis pahang ini juga dikenali sebagai baju kurung riau atau pesak gantung yang mempunyai kikik dan pesak kembang (segitiga) di kanan dan kiri baju. Ianya memberikan lebih cutting dan flare kepada baju kurung yang untuk keselesaan kepada ibu.

Apa perbezaan antara baju kurung pahang biasa dan baju kurung menyusu (pahang)?
Perbezaan yang ketara adalah baju kurung menyusu BlingBuubies mempunyai bukaan menyusu bagi membolehkan ibu menyusukan bayi tanpa perlu menyingkap bawah baju. Penyusuan boleh dibuat melalui bukaan menyusu yang dibuat melalui leher baju kurung yang dilabuhkan seperti gambar di bawah. Labuh leher yang direka khas mengikut kesesuaian ibu akan memberikan keselesaan dan kemudahan menyusukan bayi. Badan dan dada ibu tidak akan terdedah oleh kerana baju menyusu BlingBuubies mempunyai lapik di dalam (inner) bagi menutup bahagian dada ibu semasa penyusuan. Baju kurung jenis ini juga boleh dibuat bukaan menyusu jenis zip pada bahagian pesak, khas untuk ibu yang ingin kekalkan ciri-ciri tradisional pada lehernya.

Paten baju kurung pahang tradisional akan dikekalkan dalam design standard baju kurung menyusu (pahang) BlingBuubies. Oleh itu, design standard setiap baju kurung menyusu (pahang) adalah:
  •   Baju - baju kurung pahang (tanpa span bahu), kolar bulat berbutang satu, leher dilabuhkan mengikut bukaan menyusu yang dipilih/bukaan menyusu melalui zip tersorok di bahagian kikik & pesak.
  •   Kain - Kain susun di tepi samada kanan atau kiri mengikut keselesaan ibu, pinggang separa getah.
Ibu bebas ciri-ciri tambahan dan jenis bukaan menyusu yang digemari untuk setiap tempahan. Ada 5 jenis bukaan menyusu yang boleh disesuaikan mengikut citarasa.

Baju Kurung Menyusu (Pahang) standard BlingBuubies dengan pilihan kain lipat hadapan
Kikik

BlingBuubies Nursing Apparel

BlingBuubies Nursing Apparel
Koleksi baju menyusu sedia untuk dipakai