Kami menerima tempahan individu baju menyusu mengikut ukuran anda di sini. Tempahan boleh dibuat online melalui portal ini, walk-in ke galeri atau melalui kunjungan ke lokasi anda. Hubungi tailoring@blingboutique.biz / 016-3222760 untuk pertanyaan lanjut

Untuk pembelian rangkaian baju ready-made, boleh terus ke website www.blingboutique.biz
Showing posts with label Bukaan Menyusu. Show all posts
Showing posts with label Bukaan Menyusu. Show all posts

Jenis Bukaan Menyusu

Terdapat 5 jenis bukaan menyusu yang direka khusus untuk disesuaikan dengan semua jenis pakaian. Bukaan menyusu ini direka untuk memberikan kemudahan dan keselesaan dalam menyusukan. Bukaan yang strategik, sesuai dan tersorok ini boleh dipilih untuk disesuaikan dengan setiap tempahan.

  • Bukaan Menyusu Type 1
Bukaan dari hadapan (dari belahan dada yang dilabuhkan, atau design mempunyai butang di hadapan) dengan lapisan dalam (inner) yang mempunyai 2 bukaan menyusu di kiri dan kanan. Lapisan dalam (inner) yang simple boleh ditarik dari kiri dan kanan untuk memberikan akses ekslusif kepada penyusuan. Inner tersebut hanya pada bahagian hadapan sahaja dan dijahit terus kepada baju bagi memudahkan pemakaian.

    Gambaran inner dengan bukaan menyusu Type 1. Design baju ini mempunyai butang pada bahagian hadapan bagi membolehkan dibuka untuk menyusu.
  • Bukaan Menyusu Type 2
Bukaan di kiri dan kanan (bersebelahan payudara) tanpa menggunakan inner. Mempunyai satu slot menyusu yang direka khas bagi memudahkan capaian dari kiri dan kanan
 
  • Bukaan Menyusu Type 3
Bukaan dari hadapan (dari belahan dada yang dilabuhkan, atau design mempunyai butang di hadapan) dengan lapisan dalam (inner) yang mempunyai 2 slot bukaan menyusu di atas payudara. Inner tersebut dijahit bersama dengan baju, bagi memudahkan pemakaian baju tersebut. 

Perbezannya dengan bukaan Type 1 adalah pada posisi slot menyusu/bukaan menyusu tersebut. Type 1 tidak mempunyai slot di atas payudara, bukaannya adalah dari selakan inner dari kiri dan kanan. Manakala Type 3 walaupun mempunyai inner, ianya mempunyai 2 slot bukaan menyusu terletak samada di atas payudara atau di sisinya bagi membolehkan akses penyusuan yang lebih sempurna terutamanya sekiranya fabrik yang digunakan bukan dari jenis stretchable (elastik).
  • Bukaan Menyusu Type 4
Bukaan dari hadapan (dari belahan dada yang dilabuhkan, atau design mempunyai butang di hadapan) dengan lapisan dalam (inner) jenis stretchable yang hanya dijahit ke baju pada bahagian sisi dan atasnya sahaja. Inner yang di design untuk tidak melekap pada baju pada bahagian bawahnya (tidak berjahit) akan berfungsi sebagai bukaan menyusu. Untuk menyusu, ibu-ibu perlu menyingkap inner ini ke atas dari bahagian bawahnya. Hanya sesuai sekiranya inner dari fabrik jenis stretchable.
Inner dari fabrik lycra yang disingkap dari bawah. Leher untuk baju ini adalah U labuh.
Inner dari fabrik sutera crepe dibuat mengikut bukaan menyusu Type 4. Leher pilihan untuk design ini adalah V labuh.
  • Bukaan Menyusu Type 5
Bukaan secara terus tanpa memerlukan lapisan dalam (inner). Zip/Butang tersembunyi akan dijahit pada baju bagi memudahkan penyusuan. Untuk Kurung Pesak dan Kurung Pahang, zip/butang tersembunyi akan dijahit pada pesak baju di kiri dan kanan, bermula dari bawah ketiak (lebih kurang 5-8inci) mengikut kesesuaian.
Untuk Kurung Moden BlingBuubies atau Jubah Princess Cut pula, kami akan menjahit zip/butang tersembunyi pada potongan khas pada payudara bagi membolehkan bukaan menyusu secara terus di sisi atau di atas payudara.




Blouse Menyusu

Blouse, kemeja dan top adalah antara pakaian yang seringkali digayakan oleh ibu samada ke pejabat atau untuk urusan kasual. Disebabkan kepelbagaiannya, pakaian ini antara yang paling banyak variasi dan jualannya.

Apa perbezaan antara blouse biasa dan blouse menyusu?
Perbezaannya yang ketara adalah pada bukaan menyusu bagi membolehkan ibu menyusukan bayi dengan selesa. Pelbagai variasi cutting baju dan design leher boleh dibuat bagi menjadikan satu-satu jubah itu menjadi jubah menyusu. Perbezaan antara nursing friendly design dan discreet design yang BlingBuubies terapkan adalah setiap bukaan menyusu akan mempunyai lapik (inner) atau bukaannya tersembunyi bagi membolehkan penyusuan secara tertutup dapat dilakukan tanpa menampakkan badan si ibu. Tidak hanya dengan memasukkan butang di bahagian dada, sudah menjadikannya jubah nursing. Bukaan menyusu itu perlu terselindung agar maruah dan aurat si ibu terpelihara.

Ibu bebas memilih ciri-ciri tambahan dan jenis bukaan menyusu yang digemari untuk setiap tempahan. Tambahan lace patching, butang, piping, design pada pergelangan tangan antara ciri-ciri tambahan yang seringkali dipilih. Juga, ada 5 jenis bukaan menyusu yang boleh disesuaikan mengikut citarasa dan mengikut design leher yang dikehendaki untuk mendapatkan blouse menyusu yang ideal untuk ibu-ibu.
Blouse Menyusu labuh dengan design 2 layer dan bukaan menyusu berbutang dari leher


Blouse Menyusu dengan butang separa di hadapan, dengan design 'border' di pergelangan tangan

Jubah/Long Dress

Trend tahun 2013 juga menyaksikan long dress, abaya atau jubah menjadi pilihan ibu-ibu yang menyusu. Disebabkan semakin banyak design long dress dan jubah yang menarik, banyak permintaan dari ibu-ibu yang ingin membuat tempahan individu menggunakan fabrik dan design pilihan sendiri.

Pada asasnya jubah, long dress dan abaya ini hampir sama. Perbezaan mungkin pada pilihan cutting samada tanpa cutting (straight cut), A-line (kembang), pricess cut atau sebagainya. Variasi juga boleh pada pemilihan ciri-ciri tambahan untuk setiap pasang. Disebabkan itu, tiada standard design jubah/long dress ini, hanya mengikut kepada sebagaimana yang dikehendaki pemakai.

Apa perbezaan antara jubah biasa dan jubah menyusu?
Perbezaannya hanyalah pada bukaan menyusu bagi membolehkan ibu menyusukan bayi dengan selesa. Pelbagai variasi cutting baju dan design leher boleh dibuat bagi menjadikan satu-satu jubah itu menjadi jubah menyusu. Perbezaan antara nursing friendly design dan discreet design yang BlingBuubies terapkan adalah setiap bukaan menyusu akan mempunyai lapik (inner) atau bukaannya tersembunyi bagi membolehkan penyusuan secara tertutup dapat dilakukan tanpa menampakkan badan si ibu. Tidak hanya dengan memasukkan butang di bahagian dada, sudah menjadikannya jubah nursing. Bukaan menyusu itu perlu terselindung agar maruah dan aurat si ibu terpelihara.

Ibu bebas memilih ciri-ciri tambahan dan jenis bukaan menyusu yang digemari untuk setiap tempahan Jubah Menyusu BlingBuubies. Ada 5 jenis bukaan menyusu yang boleh disesuaikan mengikut citarasa dan mengikut design leher yang dikehendaki.
Long Dress Menyusu yang mempunyai kolar dan butang di dada.

Abaya Menyusu dengan leher jenis V labuh beserta inner untuk menutup bukaan menyusu

Baju Kurung Menyusu (Moden)

Baju kurung menyusu (moden) BlingBuubies adalah design sentiasa menjadi pilihan ibu-ibu yang inginkan penampilan bergaya untuk majlis-majlis keraian, hari raya atau untuk ke pejabat. 

Baju kurung moden mempunyai banyak variasi mengikut trend terkini. Design asasnya adalah mempunyai cutting dengan beberapa dat dijahit pada baju untuk memberikan lebih penekanan kepada cutting pemakai. Baju jenis ini mempunyai zip panjang di belakang bagi membolehkan pemakaian yang sempurna. Tiada standard design untuk kurung moden dan kebanyakannya mengikut kepada tambahan aksesori atau ciri-ciri istimewa yang dikehendaki pemakai.

Apa perbezaan antara baju kurung moden biasa dan baju kurung menyusu (moden)?
Perbezaannya hanyalah pada bukaan menyusu bagi membolehkan ibu menyusukan bayi dengan selesa. Selalunya baju kurung moden biasa mempunyai kolar bulat, tanpa potongan leher sepertimana baju kurung biasa. Sekiranya ibu memilih untuk membuat kolar sebegini, baju kurung moden menyusu BlingBuubies akan mempunyai cutting khas pada bahagian dada bagi membolehkan zip tersembunyi dijahit padanya. Atau pelbagai variasi leher boleh dibuat untuk kurung moden menyusu BlingBuubies bagi membolehkan penyusuan dari bukaan pada leher baju tersebut.

Untuk tempahan standard baju kurung menyusu (moden) BlingBuubies, design standard nya adalah:
  •   Baju - baju kurung moden (tanpa span bahu), kolar bulat tanpa butang, dat pada bahagian belakang baju sahaja, zip labuh di bahagian belakang. Lengan sedikit tirus ke hujung (tanpa butang di pergelangan tangan). Bukaan menyusu jenis zip sorok pada cutting (Type 5).
  •   Kain - Kain lipat/belah di hadapan, pinggang separa getah.
Ibu bebas ciri-ciri tambahan dan jenis bukaan menyusu yang digemari untuk setiap tempahan. Ada 5 jenis bukaan menyusu yang boleh disesuaikan mengikut citarasa. Untuk bukaan menyusu jenis lain, kolar perlu disesuaikan mengikut design yang dipilih.

Baju Kurung Menyusu (moden) BlingBuubies dengan leher U labuh dan butang di dada.

Baju Kurung Menyusu (Moden) BlingBuubies jenis 2-layer dan kain kembang duyung.

Baju Kurung Menyusu (Pahang)

Baju kurung menyusu (pahang) BlingBuubies adalah antara design paling laris sepanjang tahun 2013. Disebabkan itu, untuk 2014 ini kami membuka untuk tempahan individu agar lebih ramai ibu-ibu yang bertubuh plus-size atau petit-size dapat menggayakannya. 

Baju kurung jenis pahang ini juga dikenali sebagai baju kurung riau atau pesak gantung yang mempunyai kikik dan pesak kembang (segitiga) di kanan dan kiri baju. Ianya memberikan lebih cutting dan flare kepada baju kurung yang untuk keselesaan kepada ibu.

Apa perbezaan antara baju kurung pahang biasa dan baju kurung menyusu (pahang)?
Perbezaan yang ketara adalah baju kurung menyusu BlingBuubies mempunyai bukaan menyusu bagi membolehkan ibu menyusukan bayi tanpa perlu menyingkap bawah baju. Penyusuan boleh dibuat melalui bukaan menyusu yang dibuat melalui leher baju kurung yang dilabuhkan seperti gambar di bawah. Labuh leher yang direka khas mengikut kesesuaian ibu akan memberikan keselesaan dan kemudahan menyusukan bayi. Badan dan dada ibu tidak akan terdedah oleh kerana baju menyusu BlingBuubies mempunyai lapik di dalam (inner) bagi menutup bahagian dada ibu semasa penyusuan. Baju kurung jenis ini juga boleh dibuat bukaan menyusu jenis zip pada bahagian pesak, khas untuk ibu yang ingin kekalkan ciri-ciri tradisional pada lehernya.

Paten baju kurung pahang tradisional akan dikekalkan dalam design standard baju kurung menyusu (pahang) BlingBuubies. Oleh itu, design standard setiap baju kurung menyusu (pahang) adalah:
  •   Baju - baju kurung pahang (tanpa span bahu), kolar bulat berbutang satu, leher dilabuhkan mengikut bukaan menyusu yang dipilih/bukaan menyusu melalui zip tersorok di bahagian kikik & pesak.
  •   Kain - Kain susun di tepi samada kanan atau kiri mengikut keselesaan ibu, pinggang separa getah.
Ibu bebas ciri-ciri tambahan dan jenis bukaan menyusu yang digemari untuk setiap tempahan. Ada 5 jenis bukaan menyusu yang boleh disesuaikan mengikut citarasa.

Baju Kurung Menyusu (Pahang) standard BlingBuubies dengan pilihan kain lipat hadapan
Kikik

Baju Kurung Menyusu (Pesak)

Baju kurung menyusu BlingBuubies direka khas untuk ibu-ibu yang menyusukan anak, terutama kepada para ibu Muslimah yang gemar berbaju kurung, sama ada ke pejabat, ke majlis, mahupun untuk perayaan Aidil Fitri/Aidil Adha.

Baju kurung jenis pesak ini juga dikenali sebagai baju kurung johor yang mempunyai pesak lurus di kanan dan kiri baju. Ianya adalah baju kurung biasa yang sering dipakai oleh kebanyakan rakyat Malaysia.

Apa perbezaan antara baju kurung biasa dan baju kurung menyusu (jenis pesak)?
Perbezaan yang ketara adalah baju kurung menyusu BlingBuubies mempunyai bukaan menyusu bagi membolehkan ibu menyusukan bayi tanpa perlu menyingkap bawah baju. Penyusuan boleh dibuat melalui bukaan menyusu yang dibuat melalui leher baju kurung yang dilabuhkan seperti gambar di bawah. Labuh leher yang direka khas mengikut kesesuaian ibu akan memberikan keselesaan dan kemudahan menyusukan bayi. Badan dan dada ibu tidak akan terdedah oleh kerana baju menyusu BlingBuubies mempunyai lapik di dalam (inner) bagi menutup bahagian dada ibu semasa penyusuan.

Paten baju kurung pesak tradisional akan dikekalkan dalam design standard baju kurung menyusu (pesak) BlingBuubies. Oleh itu, design standard setiap baju kurung menyusu (pesak) adalah:
  •   Baju - baju kurung pesak (tanpa span bahu), kolar bulat berbutang satu, leher dilabuhkan mengikut bukaan menyusu yang dipilih.
  •   Kain - Kain susun di tepi samada kanan atau kiri mengikut keselesaan ibu, pinggang separa getah.

Ibu bebas ciri-ciri tambahan dan jenis bukaan menyusu yang digemari untuk setiap tempahan. Ada 5 jenis bukaan menyusu yang boleh disesuaikan mengikut citarasa puan.


Baju Kurung Menyusu (Pesak) standard dengan tambahan 'border' design pada leher dan pergelangan tangan

Baju Kurung Menyusu (Pesak) standard dengan tambahan 'iron-on' crystal pada pergelangan tangan dan leher



BlingBuubies Nursing Apparel

BlingBuubies Nursing Apparel
Koleksi baju menyusu sedia untuk dipakai