Kami menerima tempahan individu baju menyusu mengikut ukuran anda di sini. Tempahan boleh dibuat online melalui portal ini, walk-in ke galeri atau melalui kunjungan ke lokasi anda. Hubungi tailoring@blingboutique.biz / 016-3222760 untuk pertanyaan lanjut

Untuk pembelian rangkaian baju ready-made, boleh terus ke website www.blingboutique.biz

Jubah/Long Dress

Trend tahun 2013 juga menyaksikan long dress, abaya atau jubah menjadi pilihan ibu-ibu yang menyusu. Disebabkan semakin banyak design long dress dan jubah yang menarik, banyak permintaan dari ibu-ibu yang ingin membuat tempahan individu menggunakan fabrik dan design pilihan sendiri.

Pada asasnya jubah, long dress dan abaya ini hampir sama. Perbezaan mungkin pada pilihan cutting samada tanpa cutting (straight cut), A-line (kembang), pricess cut atau sebagainya. Variasi juga boleh pada pemilihan ciri-ciri tambahan untuk setiap pasang. Disebabkan itu, tiada standard design jubah/long dress ini, hanya mengikut kepada sebagaimana yang dikehendaki pemakai.

Apa perbezaan antara jubah biasa dan jubah menyusu?
Perbezaannya hanyalah pada bukaan menyusu bagi membolehkan ibu menyusukan bayi dengan selesa. Pelbagai variasi cutting baju dan design leher boleh dibuat bagi menjadikan satu-satu jubah itu menjadi jubah menyusu. Perbezaan antara nursing friendly design dan discreet design yang BlingBuubies terapkan adalah setiap bukaan menyusu akan mempunyai lapik (inner) atau bukaannya tersembunyi bagi membolehkan penyusuan secara tertutup dapat dilakukan tanpa menampakkan badan si ibu. Tidak hanya dengan memasukkan butang di bahagian dada, sudah menjadikannya jubah nursing. Bukaan menyusu itu perlu terselindung agar maruah dan aurat si ibu terpelihara.

Ibu bebas memilih ciri-ciri tambahan dan jenis bukaan menyusu yang digemari untuk setiap tempahan Jubah Menyusu BlingBuubies. Ada 5 jenis bukaan menyusu yang boleh disesuaikan mengikut citarasa dan mengikut design leher yang dikehendaki.
Long Dress Menyusu yang mempunyai kolar dan butang di dada.

Abaya Menyusu dengan leher jenis V labuh beserta inner untuk menutup bukaan menyusu

BlingBuubies Nursing Apparel

BlingBuubies Nursing Apparel
Koleksi baju menyusu sedia untuk dipakai