Kami menerima tempahan individu baju menyusu mengikut ukuran anda di sini. Tempahan boleh dibuat online melalui portal ini, walk-in ke galeri atau melalui kunjungan ke lokasi anda. Hubungi tailoring@blingboutique.biz / 016-3222760 untuk pertanyaan lanjut
Untuk pembelian rangkaian baju ready-made, boleh terus ke website www.blingboutique.biz
Untuk pembelian rangkaian baju ready-made, boleh terus ke website www.blingboutique.biz
Showing posts with label Kurung Biasa. Show all posts
Showing posts with label Kurung Biasa. Show all posts
Jenis Bukaan Menyusu
Terdapat 5 jenis bukaan menyusu yang direka khusus untuk disesuaikan dengan semua jenis pakaian. Bukaan menyusu ini direka untuk memberikan kemudahan dan keselesaan dalam menyusukan. Bukaan yang strategik, sesuai dan tersorok ini boleh dipilih untuk disesuaikan dengan setiap tempahan.
Perbezannya dengan bukaan Type 1 adalah pada posisi slot menyusu/bukaan menyusu tersebut. Type 1 tidak mempunyai slot di atas payudara, bukaannya adalah dari selakan inner dari kiri dan kanan. Manakala Type 3 walaupun mempunyai inner, ianya mempunyai 2 slot bukaan menyusu terletak samada di atas payudara atau di sisinya bagi membolehkan akses penyusuan yang lebih sempurna terutamanya sekiranya fabrik yang digunakan bukan dari jenis stretchable (elastik).
Bukaan dari
hadapan
(dari belahan dada yang dilabuhkan, atau design mempunyai butang di
hadapan) dengan lapisan dalam (inner) jenis stretchable yang hanya dijahit ke baju pada bahagian sisi dan atasnya sahaja. Inner yang di design untuk tidak melekap pada baju pada bahagian bawahnya (tidak berjahit) akan berfungsi sebagai bukaan menyusu. Untuk menyusu, ibu-ibu perlu menyingkap inner ini ke atas dari bahagian bawahnya. Hanya sesuai sekiranya inner dari fabrik jenis stretchable.- Bukaan Menyusu Type 1
- Bukaan Menyusu Type 2
| Gambaran inner dengan bukaan menyusu Type 1. Design baju ini mempunyai butang pada bahagian hadapan bagi membolehkan dibuka untuk menyusu. |
- Bukaan Menyusu Type 3
Perbezannya dengan bukaan Type 1 adalah pada posisi slot menyusu/bukaan menyusu tersebut. Type 1 tidak mempunyai slot di atas payudara, bukaannya adalah dari selakan inner dari kiri dan kanan. Manakala Type 3 walaupun mempunyai inner, ianya mempunyai 2 slot bukaan menyusu terletak samada di atas payudara atau di sisinya bagi membolehkan akses penyusuan yang lebih sempurna terutamanya sekiranya fabrik yang digunakan bukan dari jenis stretchable (elastik).
- Bukaan Menyusu Type 4
| Inner dari fabrik lycra yang disingkap dari bawah. Leher untuk baju ini adalah U labuh. |
| Inner dari fabrik sutera crepe dibuat mengikut bukaan menyusu Type 4. Leher pilihan untuk design ini adalah V labuh. |
- Bukaan Menyusu Type 5
Untuk Kurung Moden BlingBuubies atau Jubah Princess Cut pula, kami akan menjahit zip/butang tersembunyi pada potongan khas pada payudara bagi membolehkan bukaan menyusu secara terus di sisi atau di atas payudara.
Labels:
Blouse Top,
Bukaan Menyusu,
Kurung Biasa,
Kurung Moden,
Kurung Pahang,
Long Dress
Baju Kurung Menyusu (Pesak)
Baju kurung menyusu BlingBuubies direka khas untuk ibu-ibu yang menyusukan anak, terutama kepada para ibu Muslimah yang gemar berbaju kurung, sama ada ke pejabat, ke majlis, mahupun untuk perayaan Aidil Fitri/Aidil Adha.
Baju kurung jenis pesak ini juga dikenali sebagai baju kurung johor yang mempunyai pesak lurus di kanan dan kiri baju. Ianya adalah baju kurung biasa yang sering dipakai oleh kebanyakan rakyat Malaysia.
Apa perbezaan antara baju kurung biasa dan baju kurung menyusu (jenis pesak)?
Perbezaan yang ketara adalah baju kurung menyusu BlingBuubies mempunyai bukaan menyusu bagi membolehkan ibu menyusukan bayi tanpa perlu menyingkap bawah baju. Penyusuan boleh dibuat melalui bukaan menyusu yang dibuat melalui leher baju kurung yang dilabuhkan seperti gambar di bawah. Labuh leher yang direka khas mengikut kesesuaian ibu akan memberikan keselesaan dan kemudahan menyusukan bayi. Badan dan dada ibu tidak akan terdedah oleh kerana baju menyusu BlingBuubies mempunyai lapik di dalam (inner) bagi menutup bahagian dada ibu semasa penyusuan.
Paten baju kurung pesak tradisional akan dikekalkan dalam design standard baju kurung menyusu (pesak) BlingBuubies. Oleh itu, design standard setiap baju kurung menyusu (pesak) adalah:
- Baju - baju kurung pesak (tanpa span bahu), kolar bulat berbutang satu, leher dilabuhkan mengikut bukaan menyusu yang dipilih.
- Kain - Kain susun di tepi samada kanan atau kiri mengikut keselesaan ibu, pinggang separa getah.
Ibu bebas ciri-ciri tambahan dan jenis bukaan menyusu yang digemari untuk setiap tempahan. Ada 5 jenis bukaan menyusu yang boleh disesuaikan mengikut citarasa puan.
![]() |
| Baju Kurung Menyusu (Pesak) standard dengan tambahan 'border' design pada leher dan pergelangan tangan |
| Baju Kurung Menyusu (Pesak) standard dengan tambahan 'iron-on' crystal pada pergelangan tangan dan leher |
Subscribe to:
Posts (Atom)
