Kami menerima tempahan individu baju menyusu mengikut ukuran anda di sini. Tempahan boleh dibuat online melalui portal ini, walk-in ke galeri atau melalui kunjungan ke lokasi anda. Hubungi tailoring@blingboutique.biz / 016-3222760 untuk pertanyaan lanjut

Untuk pembelian rangkaian baju ready-made, boleh terus ke website www.blingboutique.biz

Syarat & Terma


Berikut adalah syarat dan terma untuk tempahan individu BlingBuubies. Setiap tempahan yang diterima adalah dengan anggapan bahawa pelanggan telah membaca terma dan syarat di bawah dan mempersetujuinya.

  1. Setiap pembayaran perlu disertakan oleh slip/maklumat pembayaran yang diemailkan kepada pihak kami. Pembayaran tanpa notifikasi akan menyebabkan tempahan anda tidak atau lewat diproses. Sebarang kelewatan tempahan akan tidak akan menyebabkan pihak BlingBuubies bertanggungjawab untuk membayar gantirugi kepada pelanggan.
  2. Tempahan hanya akan diproses setelah maklumat pembayaran diterima pihak BlingBuubies. Penerimaan borang tempahan sahaja tidak bermakna tempahan itu sah.
  3. Setiap tempahan akan dimasukkan ke dalam aturan jahitan mengikut giliran penerimaan borang dan bayaran penuh. Hanya 150 slot akan diproses & dijahit pada bulan tersebut dan bakinya akan dijahit pada bulan seterusnya. Pihak BlingBuubies akan maklumkan pelanggan nombor tempahan dan jangkamasa penerimaan baju yang telah siap. 
  4. Sekiranya tempahan dibatalkan selepas bayaran diterima dan tempahan telah dimasukkan ke dalam aturan jahitan. BlingBuubies hanya akan membuat refund tidak lebih 50% dari kos tempahan yang telah dibayar oleh pelanggan, setelah mengambil kira kos pengeposan semula fabrik dan baju sample (sekiranya ada) kepada pelanggan.
  5. Untuk tempahan melalui online, sila pastikan butiran yang dimasukkan ke dalam borang adalah tepat, terutamanya maklumat penghantaran. Pihak BlingBuubies tidak akan bertanggungjawab di atas kesilapan penghantaran/design/penerima disebabkan maklumat yang tidak tepat diberikan.
  6. Jangkamasa siap setiap tempahan adalah antara 2-4 minggu bergantung kepada giliran semasa, kuantiti tempahan, design dan juga jenis fabrik. Untuk design dan fabrik jenis delicate, ianya akan lebih memakan masa untuk disiapkan. 
  7. Untuk tempahan yang diberikan baju contoh, kami akan mengambil ukurannya sebagai dasar ukuran untuk tempahan. Kami sedaya upaya akan memastikan ukuran yang digunakan adalah tepat, walau bagaimanapun, ianya akan ada sedikit perbezaan sekiranya fabrik yang digunakan untuk tempahan adalah berbeza (lebih berat/ringan/jenis stretchable etc ) dari baju sample.
  8. Sila ambil maklum bahawa kuantiti fabrik yang diperlukan untuk baju menyusu selalunya akan lebih sedikit daripada kuantiti fabrik untuk tempahan baju biasa. Ini disebabkan oleh penggunaan inner untuk nursing opening, atau ibu-ibu yang inginkan dada yang lebih longgar bagi memudahkan menyusu. 
  9. Urusan penghantaran adalah diserahkan kepada pihak ketiga (courier service provider - POSLAJU , GDEX, KTMD Delivery Express). Kami tidak bertanggungjawab sekiranya parcel tidak sampai ke lokasi, tiba lewat atau rosak semasa penghantaran. Walaubagaimana pun, kami akan memberikan sepenuh penjagaan dalam proses packaging dan pengeposan agar tempahan diterima dengan baik, pada waktu yang dinyatakan. Oleh kerana itu, kami hanya akan menggunakan courier service bagi urusan penghantaran. Sekiranya pelanggan ingin kami menggunakan perkhidmatan lain (pos domestik, pos melalui bas, etc), kami boleh uruskan tetapi risikonya atas tanggungan pelanggan sendiri.
  10. Sekiranya terdapat kerosakan kepada tempahan, fabrik atau baju contoh yang diberikan oleh sebab kecuaian pihak kami, kami akan:
    1. cuba membaikinya (untuk kerosakan kecil) agar berada dalam keadaan yang baik dan boleh dipakai oleh puan. Atau, sekiranya kerosakan itu tidak dapat dibaiki, 
    2. kami akan membuat refund tidak lebih sekali ganda harga tempahan yang telah diterima oleh BlingBuubies. Refund hanya akan dibuat apabila kami menerima semula fabrik/baju yang rosak/tidak menepati spesifikasi dan setelah kami memeriksanya semula. Kami tidak akan membuat sebarang refund untuk tuntutan secara maya (email/online/gambar/sms) tanpa pemulangan produk. 
    3. Tuntutan perlu dibuat dalam masa 3 hari dari tarikh penerimaan produk. Pelanggan perlu emailkan 'complaint' rasmi beserta gambar 'defect' yang dikatakan dalam masa 3 hari dan hantar semula produk kepada kami untuk tindakan. Sekiranya produk telah dibasuh, diubahsuai, atau telah diterima lebih dari masa yang ditetapkan, kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan yang berlaku. Walau bagaimanapun, kami akan menggunakan budi bicara dalam kes-kes tertentu.
    4. Walaubagaimana pun, kami tidak akan membuat refund untuk perkara 'estetik' yang begitu abstrak seperti - baju tidak cantik, hasilnya tidak seperti gambar, baju tidak selesa (dengan tiada sebarang defect ditemui), baju ketat/longgar (walaupun ukuran adalah seperti yg diberikan) dan seumpamanya. 

BlingBuubies Nursing Apparel

BlingBuubies Nursing Apparel
Koleksi baju menyusu sedia untuk dipakai