Kami menerima tempahan individu baju menyusu mengikut ukuran anda di sini. Tempahan boleh dibuat online melalui portal ini, walk-in ke galeri atau melalui kunjungan ke lokasi anda. Hubungi tailoring@blingboutique.biz / 016-3222760 untuk pertanyaan lanjut

Untuk pembelian rangkaian baju ready-made, boleh terus ke website www.blingboutique.biz

Jenis Bukaan Menyusu

Terdapat 5 jenis bukaan menyusu yang direka khusus untuk disesuaikan dengan semua jenis pakaian. Bukaan menyusu ini direka untuk memberikan kemudahan dan keselesaan dalam menyusukan. Bukaan yang strategik, sesuai dan tersorok ini boleh dipilih untuk disesuaikan dengan setiap tempahan.

  • Bukaan Menyusu Type 1
Bukaan dari hadapan (dari belahan dada yang dilabuhkan, atau design mempunyai butang di hadapan) dengan lapisan dalam (inner) yang mempunyai 2 bukaan menyusu di kiri dan kanan. Lapisan dalam (inner) yang simple boleh ditarik dari kiri dan kanan untuk memberikan akses ekslusif kepada penyusuan. Inner tersebut hanya pada bahagian hadapan sahaja dan dijahit terus kepada baju bagi memudahkan pemakaian.

    Gambaran inner dengan bukaan menyusu Type 1. Design baju ini mempunyai butang pada bahagian hadapan bagi membolehkan dibuka untuk menyusu.
  • Bukaan Menyusu Type 2
Bukaan di kiri dan kanan (bersebelahan payudara) tanpa menggunakan inner. Mempunyai satu slot menyusu yang direka khas bagi memudahkan capaian dari kiri dan kanan
 
  • Bukaan Menyusu Type 3
Bukaan dari hadapan (dari belahan dada yang dilabuhkan, atau design mempunyai butang di hadapan) dengan lapisan dalam (inner) yang mempunyai 2 slot bukaan menyusu di atas payudara. Inner tersebut dijahit bersama dengan baju, bagi memudahkan pemakaian baju tersebut. 

Perbezannya dengan bukaan Type 1 adalah pada posisi slot menyusu/bukaan menyusu tersebut. Type 1 tidak mempunyai slot di atas payudara, bukaannya adalah dari selakan inner dari kiri dan kanan. Manakala Type 3 walaupun mempunyai inner, ianya mempunyai 2 slot bukaan menyusu terletak samada di atas payudara atau di sisinya bagi membolehkan akses penyusuan yang lebih sempurna terutamanya sekiranya fabrik yang digunakan bukan dari jenis stretchable (elastik).
  • Bukaan Menyusu Type 4
Bukaan dari hadapan (dari belahan dada yang dilabuhkan, atau design mempunyai butang di hadapan) dengan lapisan dalam (inner) jenis stretchable yang hanya dijahit ke baju pada bahagian sisi dan atasnya sahaja. Inner yang di design untuk tidak melekap pada baju pada bahagian bawahnya (tidak berjahit) akan berfungsi sebagai bukaan menyusu. Untuk menyusu, ibu-ibu perlu menyingkap inner ini ke atas dari bahagian bawahnya. Hanya sesuai sekiranya inner dari fabrik jenis stretchable.
Inner dari fabrik lycra yang disingkap dari bawah. Leher untuk baju ini adalah U labuh.
Inner dari fabrik sutera crepe dibuat mengikut bukaan menyusu Type 4. Leher pilihan untuk design ini adalah V labuh.
  • Bukaan Menyusu Type 5
Bukaan secara terus tanpa memerlukan lapisan dalam (inner). Zip/Butang tersembunyi akan dijahit pada baju bagi memudahkan penyusuan. Untuk Kurung Pesak dan Kurung Pahang, zip/butang tersembunyi akan dijahit pada pesak baju di kiri dan kanan, bermula dari bawah ketiak (lebih kurang 5-8inci) mengikut kesesuaian.
Untuk Kurung Moden BlingBuubies atau Jubah Princess Cut pula, kami akan menjahit zip/butang tersembunyi pada potongan khas pada payudara bagi membolehkan bukaan menyusu secara terus di sisi atau di atas payudara.




BlingBuubies Nursing Apparel

BlingBuubies Nursing Apparel
Koleksi baju menyusu sedia untuk dipakai