Kami menerima tempahan individu baju menyusu mengikut ukuran anda di sini. Tempahan boleh dibuat online melalui portal ini, walk-in ke galeri atau melalui kunjungan ke lokasi anda. Hubungi tailoring@blingboutique.biz / 016-3222760 untuk pertanyaan lanjut

Untuk pembelian rangkaian baju ready-made, boleh terus ke website www.blingboutique.biz

Mengapa BlingBuubies?


Baju menyusu kini tidak lagi asing seperti beberapa tahun lalu. Kini, ramai jurujahit industri mampu menjahit baju menyusu. Jadi mengapa perlu memilih BlingBuubies?

BlingBuubies Nursing Apparel telah berada di dalam industri sejak 2010 lagi, pada masa itu ianya antara pelopor kepada penjenamaan 'Nursing Kurung' dan bukaan menyusu untuk baju kurung yang ada kini. Hampir 4 tahun dalam industri, insyaAllah jenama BlingBuubies sudah sinonim dengan trend dan keperluan ibu-ibu yang menyusukan. Dengan tenaga kerja dan pengalaman, kami yakin dapat memberikan khidmat jahitan yang baik untuk baju penyusuan.

BlingBuubies pernah menghentikan sementara khidmat jahitan individu selama setahun iaitu di antara 2012-2013, oleh kerana ingin memberikan latihan dan pengalaman yang cukup untuk jurujahit kami yang baru. Setelah menimba lebih pengalaman dalam jahitan dan design terkini baju menyusu, barulah kami yakin untuk membuka semula khidmat jahitan individu pada tahun ini (2014).

Selama setahun program latihan, jurujahit kami menimba pengalaman menjahit untuk jenama-jenama baju penyusuan terkemuka di Malaysia, dengan menjadi jurujahit untuk syarikat induknya. Sepanjang tempoh itu, jurujahit BlingBuubies memperbaiki dan menambah lagi kemahiran yang ada untuk jahitan baju penyusuan.

Jurujahit kami adalah warga tempatan yang dilatih khusus untuk menjahit baju-baju penyusuan. Dengan kemahiran dan pengalaman yang ada, insyaAllah BlingBuubies dapat menghasilkan jahitan yang lebih berkualiti, design yang lebih kepelbagaian, tempoh masa siap yang lebih pantas dan khidmat sokongan yang lebih padu.

Khas untuk menawarkan khidmat ini, kami telah mewujudkan semula satu galeri dan ruang kerja khusus untuk jahitan individu dan galeria produk siap BlingBuubies di Puchong, Selangor. Kami akan membukanya untuk kunjungan walk-in pertengahan Februari nanti insyaAllah. Selain dari itu, team BlingBuubies juga bersedia untuk membuat kunjungan terus ke lokasi anda, sekiranya anda mempunyai sekurangnya 10pasang tempahan. Kami akan mengambil ukuran, menyediakan konsultasi dan mengambil fabrik pada kunjungan tersebut tanpa kos tambahan. Untuk pelanggan yang berada di luar lembah klang pula, boleh isikan borang tempahan dan hantarkan fabrik kepada kami untuk dijahit. Urusan menjadi lebih mudah tanpa anda perlu ke mana-mana. Produk siap akan kami courier ke lokasi anda dalam masa 2-4 minggu insyaAllah.

BlingBuubies juga boleh memberikan konsultasi sekiranya anda kurang pasti design/jenis bukaan yang sesuai dengan jenis fabrik dan design yang anda ingin hasilkan.

Jadi, untuk semua perkara di atas, BlingBuubies pasti menjadi pilihan untuk jahitan produk penyusuan :)


BlingBuubies Nursing Apparel

BlingBuubies Nursing Apparel
Koleksi baju menyusu sedia untuk dipakai