Kami menerima tempahan individu baju menyusu mengikut ukuran anda di sini. Tempahan boleh dibuat online melalui portal ini, walk-in ke galeri atau melalui kunjungan ke lokasi anda. Hubungi tailoring@blingboutique.biz / 016-3222760 untuk pertanyaan lanjut

Untuk pembelian rangkaian baju ready-made, boleh terus ke website www.blingboutique.biz

Info lanjutan berkenaan tempahan jahitan di BlingBuubies

Sedikit penerangan berkenaan dengan khidmat jahitan individu yang kami tawarkan melalui portal ini - kurungmenyusu.blogspot.com

- Kami tidak menyediakan kain untuk khidmat ini. Hanya jahitan sahaja. Melainkan melalui promosi pakej yang diadakan khas. Promosi begini selalunya hanya diadakan 2-4x setahun sahaja.

- Tempahan ini dibuka sepanjang tahun, bukan untuk tempoh tertentu sahaja.

- Jangkamasa siap adalah 2-4 minggu mengikut aturan semasa dikira dari tarikh penerimaan fabrik dan bayaran penuh. Kami tidak mengambil tempahan URGENT, kurang dari seminggu atau diperlukan pada tarikh tertentu bagi mengelakkan masalah aturan dan tempahan disiapkan dengan tergesa-gesa.

- Tempahan diterima melalui 3 cara - online, walk-in ke galeri & kunjungan ke galeri.

- Tempahan yang menggunakan fabrik sutera berbatu/fabrik bersulam, fabrik yang mempunyai design bunga menjalar/garisan pada satu arah akan memerlukan fabrik yang lebih banyak dari biasa.

- Tempahan alteration kepada menyusu tidak lagi diterima.

- Kami memerlukan bayaran PENUH semasa tempahan dibuat. Bayaran boleh dibuat melalui cash, bank transfer atau credit card (melalui PayPal). Tempahan hanya akan dimasukkan ke dalam aturan jahitan setelah bayaran penuh diterima. Sekiranya membuat tempahan melebihi 8 pasang dalam satu tempahan, kami boleh mempertimbangkan bayaran ansuran 2x. Kami akan mula jahit setelah menerima bayaran pertama, namun produk siap hanya akan dipos kepada pelanggan setelah bayaran akhir diterima. Walau bagaimana pun, bayaran kedua (akhir) perlu diterima dalam tempoh 30 hari dari tarikh bayaran pertama. Kegagalan pembayaran penuh dalam masa yang ditetapkan akan menyebabkan tempahan dibatalkan dan produk siap akan dilelong.

- Setiap tempahan akan diposlaju/courier ke lokasi pelanggan apabila telah sedia. Ini bagi mengelakkan masalah kelewatan pengambilan/backlog tempahan/kesilapan pengambilan/kehilangan/kecurian yang mungkin boleh berlaku.

Diharap penjelasan di atas membantu suri memahami perkhidmatan ini dengan lebih baik.

BlingBuubies Nursing Apparel

BlingBuubies Nursing Apparel
Koleksi baju menyusu sedia untuk dipakai